Merangkumi rawatan penjagaan Kesihatan Kulit pelanggan dengan menggunakan bahan semulajadi serta perawatan moden antaranya seperti :
TANGAS ASMARA merupakan sauna menggunakan campuran herba semulajadi bagi membantu pembuangan toksid, lemak berlebihan dan melegakan badan yang letih).
PUTERI BERTANGAS merupakan rawatan bagi menjaga bahagian peranakan wanita sekaligus membantu mengatasi masalah keputihan, menaikkan rahim jatuh, mengetatkan saluran vagina bagi yang yang telah melahirkan anak dan wanita yang sudah putus haid dan juga mengekalkan wajah awet muda serta di gunakan untuk mengurangkan tekanan dengan bauan semulajadi herba yang mangasyikkan.
MANDI BUNGA AURA/ MANDI PERANTAN untuk naikkan seri wajah. Antara lain kebaikan nya adalah ianya dapat memberi aura yang positif dan mengeluarkan segala aura negatif di dalam diri pelanggan tersebut. Selain itu memberikan suatu perasaan yang baik dan juga harmoni.
LULUR KAKI atau TANGAN sangat sesuai diamalkan bagi mencerahkan tangan atau kaki yang kurang menarik akibat SUNBURN, kulit tidak sekata dan terdapat bekas hitam atau sel mati pada kulit. Ianya adalah rawatan yang sangat selamat dan tidak menipiskan kulit kita. Barulah kita berkeyakinan apabila menggayakan sebarang pakaian untuk berjumpa insan tersayang!
RENDAMAN MERO BERAIE atau Mandian Berendam bagaikan Puteri dengan rendaman menggunakan bahan semula jadi seperti :
• Kayu Manis Bath / Sireh Herbal Bath (Mandi Herba). Berfungsi memberi wangian pada badan ataupun menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Disamping itu juga mandian sirih dapat membersihkan bahagian vagina bagi wanita.
• Seputih Salju Bath (Mandi Susu). Di gunakan untuk memutihkan badan setelah selesai di lulur bagi memberi wangian dan keharuman pada badan dan wajah.
• Sewangi Kaseh Bath (Mandi Aromatherapi). Gabungan pati bau-bauan seperti lavender (stress relief), Ylang-Ylang (Sensual), Rosemary (Rejuvinate), Citrus Lime (Soothing). Minyak-minyak yang di ekstrak ini berguna untuk kehidupan kita sama ada untuk mengubah keadaan kesihatan fizikal atau psiko-emosi. Ia bukan sahaja menghasilkan bau harum yang dapat mempengaruhi sistem saraf, malah mampunyai bahan-bahan kimia selamat yang boleh mempengaruhi fisiologi atau fungsi sistem organ dalam tubuh.
• Garam Laut Mati Bath (Mandi Garam). Di ambil dari limpahan Kristal garam di Laut Mati yang ada di kawasan Timur Tengah. Mengandungi 21 macam mineral seperti magnesium, kalium, natrium,
belerang, seng, kalsium, klorida, iodide, dan bromide yang berguna untuk kesihatan kulit. Berfungsi untuk menanggalkan sel-sel mati secara semulajadi melalui rendaman dengan Garam Laut Mati di samping ianya meresap kedalam liang roma badan kita untuk menurunkan tahap stress, melancarkan proses detoksifikasi racun dalam tubuh, membantu menyembuhkan penyakit imsomnia, artritis dan psoriasis. Garam Laut mati dapat juga meningkatkan fungsi penghalang pada kulit.
• Sewangi Kasturi Bath (Mandi Bunga). Merupakan terapi stress terbaik. Khasiat yang terkandung dalam bunga-bunga terpilih akan menjadikan kulit lebih segar dan memberi kelembapan pada kulit dan dapat menyerikan wajah yang kusam. Membantu menyerlahkan kecantikan dalaman dan luaran sekaligus meningkatkan semangat.
• Cara urutan moden dengan berendam iaitu Urutan Kaseh Sayang (mandi Jakuzi). Kebaikan nya adalah untuk meringankan rasa sakit dan radang sendi. Memberikan rasa emosional yang sangat menenangkan di samping menikmati urutan daripada jakuzi. Antaranya dapat mengurangi berat badan sehingga 90% jika di amalkan secara konsisten, membuatkan tidur anda lebih baik dan menghilankan tekanan.
SELEMBUT SUTERA iaitu berlulur (Kaedah Tradisional) atau skrub (Kaedah Moden) dengan bahan semula jadi seperti Lumpur Bath (Mandi Lumpur), Kasea Badan/Manggir Bath (Mandi Lulur) pada seluruh badan untuk mengekalkan kesihatan kulit agar tetap halus, cerah, lembut dan bebas dari sel-sel mati. Pasti kulit badan anda bersih dan putih gebu!
PAIS LEYAK iaitu Rawatan Pelansingan Tradisional dengan menggunakan kaedah body wrap dengan menggunakan bahan herba semulajadi. Ia akan memberikan anda bentuk tubuh yang ramping sekiranya di amalkan secara berterusan.
HOT BLANKET merupakan Rawatan Pelansingan Moden dengan menggunakan selimut panas yang dapat di ubah suhunya dengan mudah hanya perlu baring dan biar anda diselimutkan untuk kembali langsing. Digunakan untuk melancarkan peredaran darah dan toksin.